Data pelajar anda kekal milik anda.
Rekod pelajar ialah amanah. Halaman ini menerangkan secara ringkas bagaimana kami menjaganya.
Siapa boleh akses
Setiap pengguna masuk dengan akaun dan peranan sendiri: mudir, kerani, ustaz atau penjaga. Mudir menetapkan apa yang staf boleh lihat dan buat, dan boleh menukarnya bila-bila masa. Pengguna hanya nampak maklumat yang berkaitan dengan peranan mereka.
Maklumat yang kami simpan
Hanya maklumat yang diperlukan untuk menguruskan pusat tahfiz: rekod pelajar dan penjaga, hafazan, kehadiran, yuran dan dokumen berkaitan. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.
Sambungan dan penyimpanan
Sambungan ke sistem disulitkan menggunakan HTTPS. Data disimpan pada pelayan yang dilindungi, dengan akses terhad kepada pasukan teknikal yang menyelenggara sistem. Salinan sandaran dibuat secara berkala untuk mengelakkan kehilangan data.
PDPA
Kami mengendalikan data peribadi mengikut prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia: data dikumpul untuk tujuan yang jelas, disimpan dengan selamat, tidak dikongsi tanpa kebenaran dan tidak disimpan lebih lama daripada yang perlu.
Hak anda
Data pelajar ialah milik pusat anda. Anda boleh meminta salinan data, pembetulan atau pemadaman bila-bila masa dengan menghubungi kami. Kami akan membalas secepat mungkin.
Ada soalan atau permintaan berkaitan data anda?
sokongan@alqalamhq.com