Sistem Pusat Tahfiz
Ustaz rekod. Mudir nampak. Akaun tersusun.
Satu sistem untuk kerja harian pusat tahfiz: hafazan, kehadiran, yuran dan laporan. Dibina bersama pusat tahfiz sebenar.

Untuk ustaz
Rekod tasmi' dalam kira-kira 10 saat.
Pilih pelajar, tik, masukkan muka surat dan hantar. Sabak, manzil, sabki dan murajaah direkod berasingan, dengan sambungan terakhir terpapar supaya ustaz tahu di mana nak sambung.
- Tasmi' mengikut juzuk dan muka surat
- Kehadiran pelajar
- Disiplin dan diniyyah
Untuk mudir
Semak pusat dari telefon, bila-bila masa.
Papan pemuka menunjukkan hafazan hari ini, kerja kerani yang belum selesai dan laporan bulanan dalam PDF. Mudir menetapkan apa yang staf boleh buat.
- Hafazan hari ini: siapa sudah hantar
- Kebenaran staf: tik apa yang boleh dibuat
- Laporan bulanan PDF

Untuk kerani dan mudir
Yuran dikutip. Resit terus terbit.
Kutipan yuran, invois, resit dan tunggakan di satu tempat. Wang masuk dan keluar bulan ini nampak sekali pandang.
- Yuran pelajar, invois dan resit
- Tunggakan
- Tuntutan pekerja
- Penyata bank dan dokumen bulanan

Untuk ibu bapa
Ibu bapa tahu perkembangan anak.
Juzuk siap berbanding sasaran, kehadiran dan catatan guru terkini. Boleh ditukar antara BM dan English.

Harga ikut bilangan pelajar. Beritahu kami berapa pelajar di pusat anda, dan kami balas dengan harga.
Tanya harga